top of page

Wanita ditemui mati di dalam stor rumah di Kampung Lusut

  • Writer: Sarawak Press Daily
    Sarawak Press Daily
  • Jan 26, 2020
  • 1 min read


Grafik Hiasan


MIRI: Seorang wanita meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik stor sebuah rumah di Kampung Lusut di sini kira-kira jam 9.15 pagi pada Sabtu. Mangsa berusia 47 tahun ditemui di dalam bilik stor di belakang rumahnya oleh dua orang anak lelakinya. Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Mohd Sabri Zainol ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian terbabit. "Setelah ditemui tidak sedarkan diri, anak mangsa dengan segera membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. "Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 pagi semasa menerima rawatan," katanya. Mohd Sabri berkata kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Tambahnya, proses bedah siasat akan dibuat pada Ahad kira-kira jam 9 pagi. Utusan Borneo

Comentarios


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by Sarawak Press Daily. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page