top of page

Terkejut lihat ibu gantung diri

  • Writer: Sarawak Press Daily
    Sarawak Press Daily
  • Jan 26, 2020
  • 1 min read


Grafik hiasan


MIRI - Seorang anak terkejut apabila menemui ibu dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan di sebuah rumah di Kampung Lusut, Luak Bay di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, mangsa itu ditemui tergantung di bilik stor belakang rumah mereka. Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Mohd Sabri Zainol mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi hari ini. Katanya, mangsa yang dalam keadaan tidak sedar telah dibawa oleh dua orang anaknya ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan. Bagaimana pun, sekitar jam 9.45 pagi, pegawai perubatan mengesahkan bahawa si mangsa yang berusia 40-an itu telah meninggal dunia. Ujar beliau, siasatan awal menunjukkan tiada sebarang tanda-tanda pergelutan di dalam stor atau di dalam rumah dijumpai.

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by Sarawak Press Daily. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page