top of page

Tendang ibu kandung di Miri, anak didenda RM1,800Tendang ibu kandung di Miri, anak didenda RM1,800

  • Writer: Sarawak Press Daily
    Sarawak Press Daily
  • Jan 23, 2020
  • 1 min read

Updated: Jan 26, 2020

MIRI: Apakah jenis anak yang ini. Dia bertindak ganas dengan menendang ibu kandungnya di kediaman mereka di Lutong pada jam 8.00 malam 12 Januari lalu. Tindakan tidak berperikemanusiaan itu mengundang padah apabila anak durjana itu didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini di hadapan majistret Steve Ritikos, Selasa lalu. Mahkamah juga memerintahkan supaya dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati sengaja menyebabkan kecederaan apabila bertindak menendang punggung ibunya berusia 52 tahun. Tertuduh berusia 26 tahun kemudian ditangkap dua hari selepas kejadian. Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, lelaki berkenaan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ia merupakan kesalahan pertamanya, dan dia menyesal atas perbuatannya.

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by Sarawak Press Daily. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page